Tuesday, December 28, 2010

ESQ 165

Salam,saya terdetik tulis artikel selepas membaca artikel salah sorang peserta ESQ 165.

Saya adalah salah seorang peserta ESQ.
Sebelum ini banyak yang kita dengar tentang ESQ, pada saya sebelum menilai daripada komen orang baik kita menilainya sendiri dgn pergi menyertai nya walau satu sesi.

Memang banyak kontroversi seperti suara hati, sebenarnya yg menjadi masalah adalah perbezaan bahasa antara Malaysia dgn Indonesia, itu telah pun diperbaiki dari hari ke hari oleh jentera2 ESQ.

Apa yang saya teliti ESQ ini, tidak lain dan tidak bukan ingin memartabatkan ALLAH setinggi-tingginya dan menggerakkan umat Islam yakni kita diri sendiri terus memperjuangkan perjuangan  Rasulullah secara individu, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Apa yang dinilaikan oleh ustaz td ialah perkara2 remeh yg tak sepatutnya difikir oleh orang seperti dia. Banyak lagi perkara besar di sekeliling kita yg patut kita prihatinkan.

Saya nak tanya sudah cukupkah kita dengan Ilmu Islam? Sekadar tahu Solat, ambil wudhu, tahu halal, haram pada saya belum cukup, sebenarnya kita kekurangan keyakinan, iaitu keyakinan yang ALLAH adalah tujuan kita hidup.. Apa kita rasa bila mengucap dua kalimah syahadah?? Biasa atau sebaliknya?

ESQ 165  telah memberi satu keyakinan bahawa ALLAH adalah tujuan kita hidup dgn cara yg paling berhikmah dan memberi satu elemen luar biasa iaitu rasa MENCINTAI ALLAH.

Jangan terus menilai hanya dari seorang peserta ESQ, cuba tanya ramai lagi peserta2 yg sebelum ini hidupnya serba tidak kena walaupun dia Islam, solat 5 waktu cukup, puasa cukup, semua buat, tetapi satu keyakinan yg belum pernah di rasai termasuk saya sendiri.. http://voaesq.wordpress.com/sharing-alumni/malaysia/saya-alumni-dewasa/ 

ESQ 165 telah mengembalikan satu semangat luar biasa iaitu apabila kita melangkah keluar rumah hanya nampak misi -Tiada Tuhan layak disembah selain Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah.

P/s- Alumni ESQ percuma menghadiri program ESQ, bukan untung yang diorang cari tapi ALLAH + Muhammad yg ingin di angkat.

No comments:

Post a Comment